jump to navigation

Senarai buku yg aku baca sepanjang 2010 16 April 2011

Posted by azmirul in Buku.
Tags:
add a comment

p.s:  sorry, ni just for my personal reference… dan mungkin sedikit vanity, heher… namun, cuma sentiasa diperingat kepada diri sendiri, sebarang nikmat yang diperolehi datang dari kurnian tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, alhamdulillah.

Macam tahun lepas, tahun ni sebelum nak isi income tax, nak kira balik buku yang aku beli dan baca… ikut pengiraan, aku dah beli dan baca at least 27 buku baru (tidak termasuk majalah) yang kurang sikit berbanding tahun lepas (lebih 40 buku)…  cuma tahun ni total buku memang kurang tapi total muka surat yang dibaca masih lebih kurang sama macam tahun lepas iaitu lebih 8,000 muka surat setahun.. (tapi kalau termasuk bacaan Quran dan terjemahan, jumlahnya akan menghampiri atau mungkin melebihi 10,000 muka surat sebab masa puasa tahun lepas sahaja,  syukur alhamdulillah sudah berjaya katam Al-Quran & Terjemahan).. bila tengok list buku tahun lepas, kebanyakkan buku berunsur keagamaan, sedikit buku motivasi, biografi, politik dan lain-lain genre. Selain tu, bermula tahun lepas juga aku beli buku Cerpen sastera A.Samad Said untuk merasai kepelbagaian pemikiran insan seni melihat dunia. Walaupun genre buku dibaca masih terbatas, kepelbagaian bidang bacaan tahun lepas masih besar sekiranya mengambil kira bahan bacaan majalah yang dibeli/dibaca… dan yang tidak kurang penting, bacaan dari Internet yang akupun kurang pasti macamner nak sukat… heher…

(selanjutnya…)