jump to navigation

Sattelite tracking using Stellarium 12 Oktober 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , ,
add a comment

awal tahun dulu, aku ada tercerap satu objek misteri guna telescope [1]… mula2 dulu ingat asteroid tapi rasernya satellite (tupun tak confirm sampailer harini, haha)…

harini, aku check rupanya program stellarium yg baru dah boleh track pergerakan satellite [2] since ver 0.10.3 lagi (takderler version baru…cuma aku yg tak update sebab guna ver lama 0.10.1, sekarang dah version 0.10.5)… lagi satu porgram stellarium ni kita boleh tambah objek baru seperti komet 103P-Hartley [3]

balik cerita asal pasal objek misteri yang aku rasa satellite tu, tadi bila check guna stellarium, pada masatu memang ada weather satellite (NOAA-17) kat sekitar area tu [4]… nampak gaya lepas ni aku ingat nak try buat satellite observation pulak kot.. nampak macam mencabar jugak macam pencarian messier object…heher…

 

Kedudukan NOAA Weather Satellite 17

Kedudukan NOAA Weather Satellite 17

 

Advertisements

Komet Hartley 2 6 Oktober 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Link menarik.
Tags: , ,
add a comment

kemunculan komet Hartley 2 adalah antara astronomy event yg menarik bulan october ni… komet ini dikatakan boleh dilihat dengan binocular (dan mungkin mata kasar di kawasan gelap) terutamanya pada 20 Oct nanti.. berikut adalah more info berkenaan komet ni:

Gambar komet Hartley2 (kredit: wikipedia)

Gambar komet Hartley2 (kredit: wikipedia)

Comet 103P-Hartley add-on code utk program Stellarium:
http://www.stellarium.org/wiki/index.php/Solar_System_Objects

Now is the time to search for Comet Hartley 2 with binoculars
http://earthsky.org/astronomy-essentials/comet-hartley-2-might-be-2010s-brightest-comet

Here Comes Comet Hartley 2!
http://wiki.nasa.gov/cm/blog/Watch%20the%20Skies/posts/post_1285774051041.html

http://en.wikipedia.org/wiki/103P/Hartley

Comet Hartley 2, officially designated 103P/Hartley, is a small periodic comet with an orbital period of 6.46 years.[1] It was discovered by Malcolm Hartley in 1986 at the Schmidt Telescope Unit in Siding Spring, Australia.[1] Its diameter is estimated to be 1.2[3] to 1.6 km.[1] It will be the subject of a flyby by the Deep Impact spacecraft on November 4, 2010, with a closest approach of 700 kilometers.[4] This is part of the EPOXI mission.

    2010 approach

The comet will pass within 0.12 AU of the Earth on October 20, 2010,[6] only eight days before coming to perihelion (closest approach to the Sun) on October 28, 2010.[1] During this passage, the comet may be visible to the naked eye at apparent magnitude 5,[7] in the constellation Auriga, near its open clusters, if an observer knows where to look and is viewing from a dark sky location. Binoculars should make it an easy target.

The comet passed near the position of NGC 281 in Cassiopeia on October 1. On the night of October 7 at New Moon, the comet is expected to pass near the Double Cluster in the sky and near the open cluster NGC 1528 by October 14, both in Perseus. By the end of the month the comet will be visible in the evening without interference from the Moon.[8]

Diari Astronomy 13 September 2010 (Venus/ Zuhrah / Kejora) 13 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , ,
add a comment

Sekarang, selain planet Jupiter, sebenarnya kita masih berkesempatan melihat planet Venus atau Zuhrah atau bintang kejora. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar di bahagian barat pada waktu maghrib sehingga lepas isyak dan akan terbenam dalam pukul 9.40pm.

Diari Astronomy August 2010 (Jupiter/ Musytari) 4 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
add a comment

August 2010

kalau dalam bulan July lepas, kita boleh tengok planet Venus atau Zuhrah atau orang melayu selalu panggil bintang kejora… bulan August ni boleh tengok planet Jupiter atau dikenali juga planet Musytari…

selalu masa aku nak pergi kerja dalam pukul 6.45 pagi… planet Jupiter ni adalah satu-satunya objek cerah di bahagian barat (nak terbenam)… kalau malam, kadang-kadang berdekatan dengan bulan… waktu pagi juga di bahagian timur, kelihatan buruj orion dan di bahagian timur juga dapat kelihatan bintang yang terang iaitu bintang Sirius..

event tak tengok:

dalam bulan august lepas juga dalam 12 haribulan, sebenarnya ada shooting star Perseid Meteor.. aku tak tengok pun…  masa ni tah aku buat apapun tak ingat… tengah tido kot.. tapi takper sebab dulu dah pernah tengok shooting star tahun lepas…haha.. lagi satu kalo guna telescope/bino, selain Jupiter bleh tengok planet Uranus, nipun akupun tak sempat nak tengok… tapi selain tu, banyak lagi messier objek lain kalau nak tengok tapi aku tak tengok… heher

lain2

dalam bulan ramadhan (yang dah hampir ke penghujung ni), waktu nak tengok langit mungkin pada waktu lepas sembahyang isyak/terawih atau selepas sahur/subuh… bulan ni aku buat cerapan guna mata kasar ajer… itupun cuma waktu pagi sebelum pergi kerja.. dalam dua tiga minit ajer… heher.. tapi itu dah cukup untuk mengingatkan kita akan betapa kecilnya kita berbanding alam cekerawala.. apatah lagi kebesaran yang Mencipta.. yang boleh dilihat hari2 itupun kadang2 kita lupa dan tidak kisah… inikan yang tidak kita sedar atau tidak dapat dilihat… biasaler manusia mudah lupa.. (bukan orang melayu ajer mudah lupa…) heher tazkirah sikit..

Diari Astronomy 22 July 2010 (Venus) 22 Julai 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags:
add a comment

9pm – 9.30pm

malam tadi sempat keluar rumah untuk lihat planet Venus sebab semalam tak sempat… waktu paling sesuai melihatnya adalah selepas isyak dalam pada pukul 9-10 malam kerana ia berada di bahagian barat (nak terbenam)… ianya kelihatan seperti bintang yang amat terang (magnitued -4.8)…  malam tadi, walaupun cuaca berawan dan ada light pollution, planet Venus merupakan satu-satunya bintang yang kelihatan di bahagian barat dengan mata kasar.

Kedudukan planet Venus (screenshot program StarMap):

Gambaran grafik planet Venus (screenshot program Planets):  (selanjutnya…)

Diari Astronomy 21 July 2010 21 Julai 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , , , , ,
add a comment

Dah lamadah rasanya tak tengok bintang…  Antara objek terang di langit yang kelihatan malam tadi walaupun dengan mata kasar adalah seperti berikut:

    • bulan – di tengah-tengah langit
    • planet Venus – kalau tak silapler… sempat lihat dengan mata kasar ajer di bahagian barat..
    • buruj Centaurus (Alpha Centauri & Hadar/ Beta Centauri) – bahagian selatan
    • buruj Lyra (bintang Vega) – bahagian utara
  • Buruj Lyra, perhatikan bintang Vega yang merupakan bintang yang terang di bahagian utara:

    10pm – 11pm

    Objek pertama dilihat malam tadi adalah bulan.. mula-mula cuba focus ke bulan yang terang benderang di depan mata.. pelik tak jumpa… bila check baru perasan finder scope tak align… heher.. lepas calibrate baru ok…

    Fasa bulan malam tadi adalah waxing gibbous yang akan menghampiri fasa bulan penuh akhir bulan July ni.. dan seterusnya insyallah ke fasa bulan baru yg akan membentuk anak bulan pada 10/11 August nanti (bulan ramadhan)… malam tadi tak ada apa target utama… mula-mula just tengok ajer bulan guna 25mm eyepiece (50x) dan kemudian terus zoom guna 6mm eyepiece (180x)… sebenarnya 5 minit ajerkot aku tengok bulan ni sebab dah biasa sangat tengok… heher

    Lupa pulak.. sebenarnya sebelum tu, aku nak tengok planet Venus kat bahagian barat.. sebab sebelum pukul 10malam aku tengok ada bintang terang kat bahagian barat… bila check kat Panet Universe macam planet Venus… tak sempat nak confirm sebab bila setup telescope dah tenggelam… takper besok masih ader.. heher.

    Buruj Centaurus & Lyra

    Lepas tengok bulan, (selanjutnya…)

    Berapa laju bumi berputar / bergerak 5 Mei 2010

    Posted by azmirul in Astronomy, Link menarik.
    7 comments

    Cuba tengok data berikut:

    Kelajuan orbit planet Mercury: 47.87 km/s atau 172,332 km/h
    Kelajuan orbit bumi: 29.78 km/s atau 107,200 km/h
    Kelajuan putaran bumi di paksi: 1670 km/h
    Kelajuan orbit planet Jupiter: 13.07 km/s atau 47 052 km/h

    Sebenarnya kita (planet bumi) bergerak dalam orbit mengelilingi matahari dengan amat laju iaitu lebih 100 ribu km per jam (lebih 80 Mach atau 80 kali kelajuan bunyi) dan berputar pula  selaju 1,670 km per jam. Untuk dapat gambaran berapa laju, cuba bandingkan dengan kereta F1 yang top speed baru 320km/h. Rekod pesawat hypersonic terlaju iaitu X-43 NASA (unmanned) pun baru capai 12,144 km/h atau or Mach 9.8 . Apa jadi kalau planet ni berenti tiba-tiba atau berlanggar dengan objek lain… heher… tengok apa jadi bila kereta formula1 kena langgarler.. tu baru sikit…

    Rujukan:

    http://www.enchantedlearning.com/subjects/astronomy/planets/earth/Speeds.shtml
    http://imagine.gsfc.nasa.gov/docs/ask_astro/answers/970401c.html
    http://en.wikipedia.org/wiki/Mercury_(planet)
    http://en.wikipedia.org/wiki/Earth
    http://en.wikipedia.org/wiki/Jupiter
    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_vehicle_speed_records

    VY Canis Majoris (VY Cma/ HIP 35793) 4 Mei 2010

    Posted by azmirul in Astronomy.
    2 comments

    VY Canis Majoris (VY CMa / HIP 35793) adalah bintang terbesar yang diketahui setakat ini. Di manakah bintang ini. Jika kita melihat buruj Canis Major, ianya hanyalah satu dot kecil sahaja:

    http://en.wikipedia.org/wiki/VY_Canis_Majoris

    Saiz Matahari berbanding Vy Cma

    Saiz matahari yang kelihatan terlalu kecil berbanding VY Canis Majoris (Source: Wikipedia)

    Tips kedudukan bintang/planet dgn mata kasar (29 April 2010) 29 April 2010

    Posted by azmirul in Astronomy.
    2 comments

    dah lama tak update blog, kat bawah ni aku nak list kedudukan bintang/planet yg senang ajer kita lihat waktu sekarang dengan mata kasar.. walaupun langit tak cerah, selalunya bintang atau planet macam Sirius, Jupiter, Saturn still boleh nampak sebab kecerahan yg tinggi. Aku bahagi kepada dua iaitu awal malam dan pagi sebab ni antara waktu paling senang nak keluar rumah sekejap tengok langit:

    1. waktu maghrib/isyak (pukul 8.00-9.00 malam):
    – di bahagian timur, kita boleh nampak planet Saturn yang kalau langit cerah kelihatan berada di bahagian atas buruj Virgo. bulan penuh juga kelihatan di bahagian timur ketika ini dan kadang kala kelihatan amat cantik
    – waktu ni juga planet Marikh juga ada kelihatan di tengah langit
    – di bahagian barat pula, boleh kelihatan buruj Orion yang merupakan antara buruj yg mudah dikenali berdasarkan Orion belt yg terdiri 3 bintang sebaris dan orion nebula. walaupun langit tidak cerah, selalunya bintang Sirius still kelihatan di bahagian barat dan kadangkala ia satu-satunya bintang yg jelas kelihatan di langit (kecerahan bintang dlm magnitute <0 iaitu dalam -1.45 menjadikan ia antara object paling cerah di langit)

    2. waktu pagi, sebelum pergi kerja (dlm pukul 6.30 pagi):
    – di bahagian timur, selalu nampak satu bintang terang iaitu Jupiter..
    – di bahagian barat, sekarang boleh nampak bulan yg cantik dalam keadaan full moon

    ok, selamat melihat bintang.

    Meteor lights up night sky 18 April 2010

    Posted by azmirul in Astronomy, Link menarik.
    Tags:
    add a comment

    “Major,” Green Meteor Lights Midwest Night Sky
    Fireball rock likely landed in Wisconsin.
    http://news.nationalgeographic.com/news/2010/04/100415-meteor-in-wisconsin-fireball-sky/