jump to navigation

Dekat tapi jauh 18 November 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: ,
add a comment
Tapak pendaratan Apollo 11 dari orbit bulan - Wikipedia

Tapak pendaratan Apollo 11 dari orbit bulan - Wikipedia

satu persoalan dulupun aku tertanya-tanya… agaknyaler bolehker kita tengok (zoom) peralatan-peralatan yang ditinggalkan di tapak pendaratan Apollo di bulan guna telescope…. JAWAPANNYA: stakat hari ni guna “normal telescope” yg ada kat bumi memang tak boleh (tapi in future tak tahuler) sebab lunar lander yang selebar 5 meter tu terlalu kecil untuk dilihat dari kedudukan 382,000 km dari bumi… even, hubble telescope pun tak boleh focus sedalamtu [1][2]… tapi hubble memang pernah ambil gambar bulan cuma takderler boleh zoom sampai boleh tengok lunar lander [3] (selanjutnya…)

Arah kiblat guna Astro dish ??? 12 November 2010

Posted by azmirul in Diari.
Tags: ,
add a comment

sebelum ni aku pernah dengar kita boleh cari arah kiblat berdasarkan position Astro dish… harini teringat nak check betul atau tidak… tapi setahu aku memangler tak berapa tepat.. lari sikit dalam beberapa degree (yeker sikit.. heher)…

so, mari kita kaji… berikut disertakan kedudukan kiblat Malaysia guna kompas berdasarkan website: http://www.qiblalocator.com

Perlis 291.00° N
Cyberjaya 292.52° N
Kuala Lumpur 292.53° N
Johor 292.84° N
Sabah 290.76° N
Sarawak 291.60° N

secara kasar kiblat di lembah klang dalam 292 degree

kalo ikut stellarium dalam post sebelum ni, position measat-3a adalah lebih kurang dalam 254 degree (raser mungkin ada plus/minus.. tapi ni secara kasarler)..

292- 254 = ada different 38 degree (ke kanan sikit)

so, kesimpulannya, memang secara kasar seperti dalam darurat bolehler guna Astro dish utk cari kiblat tetapi kena adjust sikit dalam 40 degree ke kanan (mungkin ada plus/minus lagi)… tapi bagi aku besar juga diff dia… heher… tapi macam aku kata tadi, kalo tersesat kat mana-mana/darurat, bolehler jadikan panduan asas sebelum dapat mencari kiblat yang lebih tepat…

disclaimer: position kiblat dan astro dish kat atas ni mungkin tak tepat… ianya sekadar panduan kasar semata-mata.

( anyway, dalam posting lama aku ada cerita cara cari arah kiblat tanpa kompass )

Sattelite tracking using Stellarium 12 Oktober 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , ,
add a comment

awal tahun dulu, aku ada tercerap satu objek misteri guna telescope [1]… mula2 dulu ingat asteroid tapi rasernya satellite (tupun tak confirm sampailer harini, haha)…

harini, aku check rupanya program stellarium yg baru dah boleh track pergerakan satellite [2] since ver 0.10.3 lagi (takderler version baru…cuma aku yg tak update sebab guna ver lama 0.10.1, sekarang dah version 0.10.5)… lagi satu porgram stellarium ni kita boleh tambah objek baru seperti komet 103P-Hartley [3]

balik cerita asal pasal objek misteri yang aku rasa satellite tu, tadi bila check guna stellarium, pada masatu memang ada weather satellite (NOAA-17) kat sekitar area tu [4]… nampak gaya lepas ni aku ingat nak try buat satellite observation pulak kot.. nampak macam mencabar jugak macam pencarian messier object…heher…

 

Kedudukan NOAA Weather Satellite 17

Kedudukan NOAA Weather Satellite 17

 

Diari Astronomy 13 September 2010 (Venus/ Zuhrah / Kejora) 13 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , ,
add a comment

Sekarang, selain planet Jupiter, sebenarnya kita masih berkesempatan melihat planet Venus atau Zuhrah atau bintang kejora. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar di bahagian barat pada waktu maghrib sehingga lepas isyak dan akan terbenam dalam pukul 9.40pm.

Diari Astronomy August 2010 (Jupiter/ Musytari) 4 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
add a comment

August 2010

kalau dalam bulan July lepas, kita boleh tengok planet Venus atau Zuhrah atau orang melayu selalu panggil bintang kejora… bulan August ni boleh tengok planet Jupiter atau dikenali juga planet Musytari…

selalu masa aku nak pergi kerja dalam pukul 6.45 pagi… planet Jupiter ni adalah satu-satunya objek cerah di bahagian barat (nak terbenam)… kalau malam, kadang-kadang berdekatan dengan bulan… waktu pagi juga di bahagian timur, kelihatan buruj orion dan di bahagian timur juga dapat kelihatan bintang yang terang iaitu bintang Sirius..

event tak tengok:

dalam bulan august lepas juga dalam 12 haribulan, sebenarnya ada shooting star Perseid Meteor.. aku tak tengok pun…  masa ni tah aku buat apapun tak ingat… tengah tido kot.. tapi takper sebab dulu dah pernah tengok shooting star tahun lepas…haha.. lagi satu kalo guna telescope/bino, selain Jupiter bleh tengok planet Uranus, nipun akupun tak sempat nak tengok… tapi selain tu, banyak lagi messier objek lain kalau nak tengok tapi aku tak tengok… heher

lain2

dalam bulan ramadhan (yang dah hampir ke penghujung ni), waktu nak tengok langit mungkin pada waktu lepas sembahyang isyak/terawih atau selepas sahur/subuh… bulan ni aku buat cerapan guna mata kasar ajer… itupun cuma waktu pagi sebelum pergi kerja.. dalam dua tiga minit ajer… heher.. tapi itu dah cukup untuk mengingatkan kita akan betapa kecilnya kita berbanding alam cekerawala.. apatah lagi kebesaran yang Mencipta.. yang boleh dilihat hari2 itupun kadang2 kita lupa dan tidak kisah… inikan yang tidak kita sedar atau tidak dapat dilihat… biasaler manusia mudah lupa.. (bukan orang melayu ajer mudah lupa…) heher tazkirah sikit..

Diari Astronomy 22 July 2010 (Venus) 22 Julai 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags:
add a comment

9pm – 9.30pm

malam tadi sempat keluar rumah untuk lihat planet Venus sebab semalam tak sempat… waktu paling sesuai melihatnya adalah selepas isyak dalam pada pukul 9-10 malam kerana ia berada di bahagian barat (nak terbenam)… ianya kelihatan seperti bintang yang amat terang (magnitued -4.8)…  malam tadi, walaupun cuaca berawan dan ada light pollution, planet Venus merupakan satu-satunya bintang yang kelihatan di bahagian barat dengan mata kasar.

Kedudukan planet Venus (screenshot program StarMap):

Gambaran grafik planet Venus (screenshot program Planets):  (selanjutnya…)

Diari Astronomy 21 July 2010 21 Julai 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , , , , ,
add a comment

Dah lamadah rasanya tak tengok bintang…  Antara objek terang di langit yang kelihatan malam tadi walaupun dengan mata kasar adalah seperti berikut:

    • bulan – di tengah-tengah langit
    • planet Venus – kalau tak silapler… sempat lihat dengan mata kasar ajer di bahagian barat..
    • buruj Centaurus (Alpha Centauri & Hadar/ Beta Centauri) – bahagian selatan
    • buruj Lyra (bintang Vega) – bahagian utara
  • Buruj Lyra, perhatikan bintang Vega yang merupakan bintang yang terang di bahagian utara:

    10pm – 11pm

    Objek pertama dilihat malam tadi adalah bulan.. mula-mula cuba focus ke bulan yang terang benderang di depan mata.. pelik tak jumpa… bila check baru perasan finder scope tak align… heher.. lepas calibrate baru ok…

    Fasa bulan malam tadi adalah waxing gibbous yang akan menghampiri fasa bulan penuh akhir bulan July ni.. dan seterusnya insyallah ke fasa bulan baru yg akan membentuk anak bulan pada 10/11 August nanti (bulan ramadhan)… malam tadi tak ada apa target utama… mula-mula just tengok ajer bulan guna 25mm eyepiece (50x) dan kemudian terus zoom guna 6mm eyepiece (180x)… sebenarnya 5 minit ajerkot aku tengok bulan ni sebab dah biasa sangat tengok… heher

    Lupa pulak.. sebenarnya sebelum tu, aku nak tengok planet Venus kat bahagian barat.. sebab sebelum pukul 10malam aku tengok ada bintang terang kat bahagian barat… bila check kat Panet Universe macam planet Venus… tak sempat nak confirm sebab bila setup telescope dah tenggelam… takper besok masih ader.. heher.

    Buruj Centaurus & Lyra

    Lepas tengok bulan, (selanjutnya…)

    Diari Astronomy 10 March 2010 10 Mac 2010

    Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
    add a comment

    Pagi tadi sebelum pegi keje.. dalam pukul 6.40am sempatgak tengok bintang sebab langit clear… kat tengah langit menghala ke selatan sebelah bulan jelas kelihatan buruj Scorpius/Scorpion… dah lamagak tak clear macam pagini sebab sebelumni asyik berawan ajer…

    http://en.wikipedia.org/wiki/Scorpius

    Due to its location on the Milky Way, this constellation contains many deep sky objects such as the open clusters Messier 6 (the Butterfly Cluster) and Messier 7 (the Ptolemy Cluster), and the globular clusters Messier 4 and Messier 80. Also in the southern end of the constellation by ζ² Sco, there is the open star cluster NGC 6231.

    Diari Astronomi 14 Feb 2010 a.m. (Saturn) 14 Februari 2010

    Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
    Tags: ,
    add a comment

    Gambaran planet Saturn dari program Stellarium:

    – Constellation yg dilihat: Virgo
    – Planet yg dilihat: Saturn

    Dah lama tak tengok planet.. pagi tadi lepas subuh, dalam pukul 6.30 pagi – 7.00 pagi, aku berkesempatan tengok planet zuhal atau dalam english saturn yg menggunakan telescope dengan jelas kelihatan lingkaran ring di sekelilingnya… lepas ni nak cuba ambil gambar guna webcam… sebelum ni aku dah try ambil gambar planet Jupiter dan Mars tapi still tak dapat capture detail dia… over expose sebab terang sangat… mungkin kalau guna DSLR lagi senang sebab boleh adjust ISO/aperture/exposure time tapi tak ada masa nak try. tapi aku raser kalau capture gambar planet zuhal ni walaupun over expose tapi bentuk saturn ring tu boleh nampak lagi… so takler nampak satu bulatan terang ajer… aderler juga ciri-ciri planet… heher… selain tu, bulan terbesar dalam orbit saturn iaitu Titan dan bulan kedua terbesar iaitu Rhea juga jelas kelihatan… bulan-bulan lain tadi aku tak perasan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pemerhatian pagi tadi:

    (selanjutnya…)

    Diari Astronomi 31 Jan 2010 (M41) 31 Januari 2010

    Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
    Tags:
    add a comment

    Tadi lepas tengok marikh, aku try cari messier object M41 (Open Cluster).. baru perasan lagi senang cari M41 guna equatorial grid berpandukan bintang dalam line equatorial yang sama… aku tengok dalam line RA -20 degree, ada beberapa bintang yang terang yang boleh dijadikan rujukan untuk cari M41… bermula dari bintang Eta Cma, 15 Cma & 17 Cma yang berada di bahagian bawah bintang Sirius, di sebelah kanan bawah sikit (RA -21) terdapat dua bintang yang terang (HIP 32841 & HIP 32856) dan daripada dua bintang niler aku guna slow motion ke atas untuk ke M41… sebelum ni try tapi tak jumpa sebab aku cari berpandukan bintang Sirius.. memang leceh sebab berada pada RA coordinate yang berbeza.

    Berikut disertakan maklumat lanjut berkenaan M41:

    (selanjutnya…)