jump to navigation

Senarai buku yg aku baca sepanjang 2010 16 April 2011

Posted by azmirul in Buku.
Tags:
trackback

p.s:  sorry, ni just for my personal reference… dan mungkin sedikit vanity, heher… namun, cuma sentiasa diperingat kepada diri sendiri, sebarang nikmat yang diperolehi datang dari kurnian tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, alhamdulillah.

Macam tahun lepas, tahun ni sebelum nak isi income tax, nak kira balik buku yang aku beli dan baca… ikut pengiraan, aku dah beli dan baca at least 27 buku baru (tidak termasuk majalah) yang kurang sikit berbanding tahun lepas (lebih 40 buku)…  cuma tahun ni total buku memang kurang tapi total muka surat yang dibaca masih lebih kurang sama macam tahun lepas iaitu lebih 8,000 muka surat setahun.. (tapi kalau termasuk bacaan Quran dan terjemahan, jumlahnya akan menghampiri atau mungkin melebihi 10,000 muka surat sebab masa puasa tahun lepas sahaja,  syukur alhamdulillah sudah berjaya katam Al-Quran & Terjemahan).. bila tengok list buku tahun lepas, kebanyakkan buku berunsur keagamaan, sedikit buku motivasi, biografi, politik dan lain-lain genre. Selain tu, bermula tahun lepas juga aku beli buku Cerpen sastera A.Samad Said untuk merasai kepelbagaian pemikiran insan seni melihat dunia. Walaupun genre buku dibaca masih terbatas, kepelbagaian bidang bacaan tahun lepas masih besar sekiranya mengambil kira bahan bacaan majalah yang dibeli/dibaca… dan yang tidak kurang penting, bacaan dari Internet yang akupun kurang pasti macamner nak sukat… heher…

Buku paling tebal mungkin Terjemahan Sahih Bukhari (lebih 1000 m/s) berbanding tahun lepas lebih  800 m/s melalui buku Kisah Para Nabi karangan ibnu Katsir… tupun sebenarnya terjemahan hadis itu bukan dibaca secara deap reading yang rasanya masih perlu sentiasa diulang baca sebagai rujukan sepanjang masa (seperti bacaan Al-Quran); disamping yg pasti memerlukan seorang guru untuk mendapatkan tafsiran yang tepat dan lebih jelas untuk menghuraikannya… anyway,  berikut disenarai buku yg dibeli/dibaca tahun lepas:

  • Fadilat Ayat Al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir, 9789839750041 / 9839750046,  231 m/s
  • Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain, 9789833604074,  200 m/s
  • Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah, 9789675102073 / 9675102071, m/s 222
  • Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah, 9789833372324, 113 m/s
  • Fadhilat & Hikmah 40 Surah Pilihan, 9789833011155, 371 m/s
  • Insaf! Perjalanan Kami Mencari Tuhan – Produksi Mastika, 9789675780011, 208 m/s
  • Revolusi Mental, 9789676113412, 401 m/s
  • 20 Tokoh Jutawan 9789675373039, 156 m/s
  • 20 Tokoh Ilmuan 9789834387419, 166 m/s
  • Muqaddam & Juz ‘Amma, 9789834490201, 130 m/s
  • Aku, Buku dan Cinta, 9789675274107, 282 m/s
  • The Magic of Thinking Big, 9789673690114, 359 m/s
  • Dunia Sama Rata/ The World is Flat, 9789830685328, 505 m/s
  • 50 Tokoh Abad ke, 20 9789834387495, 160 m/s
  • 50 Tokoh Berpengaruh, 9789834387402, 160 m/s
  • Dasyatnya Tipu Muslihat Iblis, 9789675115943, 457 m/s
  • Siapa Ahli Sunnah Wal-Jamaah? 9789830996653, 320 m/s
  • Keajaiban & Keunikan Alam Jin, 9789830994659, 343 m/s
  • Kisah Cinta Dalam Al-Quran, 9789675249006, 241 m/s
  • Ilham Di Tepi Tasik, 9789833922109, 166 m/s
  • Cinta Fansuri, 9789834119683, 158 m/s
  • Applying Sun Tzu’s Art of War in Winning, 9789679788105, 91 m/s
  • Applying Sun Tzu’s Art of War in Marketing, 9789679788082, 121 m/s
  • 101 Malaysian Anecdotes, 9789832334972, 220 m/s
  • Dk Handbooks:Stars And Planets, 9781405357968, 224 m/s
  • Dilema Melayu, 9789673035281, 216 m/s
  • Misteri Makhluk Bersayap, 9789799109514 / 9799109515, 343 m/s
  • Al-Quran dan Terjemahannya, 1132 m/s
  • Bacaan quran (daily 4 m/s sehari, at least separuh tahun) 730
  • Asbabun Nuzul (Purchased 2009), 9838850764 / 9789838850766, 942 m/s
  • Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I, II, III, IV – 9789836100030, 1118 m/s

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: