jump to navigation

Diari Astronomy 13 September 2010 (Venus/ Zuhrah / Kejora) 13 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: , ,
add a comment

Sekarang, selain planet Jupiter, sebenarnya kita masih berkesempatan melihat planet Venus atau Zuhrah atau bintang kejora. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar di bahagian barat pada waktu maghrib sehingga lepas isyak dan akan terbenam dalam pukul 9.40pm.

Advertisements

Diari Astronomy August 2010 (Jupiter/ Musytari) 4 September 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
add a comment

August 2010

kalau dalam bulan July lepas, kita boleh tengok planet Venus atau Zuhrah atau orang melayu selalu panggil bintang kejora… bulan August ni boleh tengok planet Jupiter atau dikenali juga planet Musytari…

selalu masa aku nak pergi kerja dalam pukul 6.45 pagi… planet Jupiter ni adalah satu-satunya objek cerah di bahagian barat (nak terbenam)… kalau malam, kadang-kadang berdekatan dengan bulan… waktu pagi juga di bahagian timur, kelihatan buruj orion dan di bahagian timur juga dapat kelihatan bintang yang terang iaitu bintang Sirius..

event tak tengok:

dalam bulan august lepas juga dalam 12 haribulan, sebenarnya ada shooting star Perseid Meteor.. aku tak tengok pun…  masa ni tah aku buat apapun tak ingat… tengah tido kot.. tapi takper sebab dulu dah pernah tengok shooting star tahun lepas…haha.. lagi satu kalo guna telescope/bino, selain Jupiter bleh tengok planet Uranus, nipun akupun tak sempat nak tengok… tapi selain tu, banyak lagi messier objek lain kalau nak tengok tapi aku tak tengok… heher

lain2

dalam bulan ramadhan (yang dah hampir ke penghujung ni), waktu nak tengok langit mungkin pada waktu lepas sembahyang isyak/terawih atau selepas sahur/subuh… bulan ni aku buat cerapan guna mata kasar ajer… itupun cuma waktu pagi sebelum pergi kerja.. dalam dua tiga minit ajer… heher.. tapi itu dah cukup untuk mengingatkan kita akan betapa kecilnya kita berbanding alam cekerawala.. apatah lagi kebesaran yang Mencipta.. yang boleh dilihat hari2 itupun kadang2 kita lupa dan tidak kisah… inikan yang tidak kita sedar atau tidak dapat dilihat… biasaler manusia mudah lupa.. (bukan orang melayu ajer mudah lupa…) heher tazkirah sikit..