jump to navigation

Tips kedudukan bintang/planet dgn mata kasar (29 April 2010) 29 April 2010

Posted by azmirul in Astronomy.
trackback

dah lama tak update blog, kat bawah ni aku nak list kedudukan bintang/planet yg senang ajer kita lihat waktu sekarang dengan mata kasar.. walaupun langit tak cerah, selalunya bintang atau planet macam Sirius, Jupiter, Saturn still boleh nampak sebab kecerahan yg tinggi. Aku bahagi kepada dua iaitu awal malam dan pagi sebab ni antara waktu paling senang nak keluar rumah sekejap tengok langit:

1. waktu maghrib/isyak (pukul 8.00-9.00 malam):
– di bahagian timur, kita boleh nampak planet Saturn yang kalau langit cerah kelihatan berada di bahagian atas buruj Virgo. bulan penuh juga kelihatan di bahagian timur ketika ini dan kadang kala kelihatan amat cantik
– waktu ni juga planet Marikh juga ada kelihatan di tengah langit
– di bahagian barat pula, boleh kelihatan buruj Orion yang merupakan antara buruj yg mudah dikenali berdasarkan Orion belt yg terdiri 3 bintang sebaris dan orion nebula. walaupun langit tidak cerah, selalunya bintang Sirius still kelihatan di bahagian barat dan kadangkala ia satu-satunya bintang yg jelas kelihatan di langit (kecerahan bintang dlm magnitute <0 iaitu dalam -1.45 menjadikan ia antara object paling cerah di langit)

2. waktu pagi, sebelum pergi kerja (dlm pukul 6.30 pagi):
– di bahagian timur, selalu nampak satu bintang terang iaitu Jupiter..
– di bahagian barat, sekarang boleh nampak bulan yg cantik dalam keadaan full moon

ok, selamat melihat bintang.

Komen-komen»

1. wawa - 9 Julai 2010

hye…ko ni amek astronomi ke?awesome laa…!hebat..blaja mana?

azmirul - 12 Julai 2010

takderler hebat mana, saya masih amatur… 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: