jump to navigation

Tips melihat bintang untuk amatur di Malaysia 23 Februari 2010

Posted by azmirul in Astronomy.
trackback

Tip-tip di bawah adalah berdasarkan pendapat akuler sebagai seorang amatur… heher.. sudah tentu mungkin ada berbeza dengan orang lain atau maklumat yang terdapat dalam buku-buku astronomi… tapi, aku rasa masih boleh digunakan oleh kebanyakan orang:

1- Arah Pemerhatian

Waktu awal malam – start pemerhatian dari arah timur

pada pendapat aku, bahagian timur adalah spot terbaik untuk memulakan cerapan bintang terutama dalam waktu maghrib dan awal isyak… ini disebabkan matahari akan terbenam pada belah barat, bahagian timur selalunya akan menjadi lebih gelap berbanding di barat iaitu masih terdapat cahaya matahari yang kelihatan mengganggu pandangan. lagi satu, di malaysia… atau lebih tepat di bahagian barat seperti negeri selangor, bahagian timur adalah merupakan banjaran Titiwangsa yang selalunya tiada light pollution sebab kurang pembangunan sebab kawasan bukit-bukau.. tapi yela ni bergantung kpd tempatler…  macam mungkin berbeza kalo kat bahagian timur kat rumah anda adalah kawasan bandar… nasibler.. heher..  lagi satu earth rotation adalah lawan arah jam, barat ke timur… so, jika kita di kawasan kawatulistiwa, akan dapat diperhatikan buruj/constellation bintang terbit dari bahagian timur pada waktu maghrib dan bergerak hingga terbenam ke arah barat pada waktu pagi.. (macam matahari naik dan turun)… so, lagi senang kita track bintang-bintang tersebut…  

Waktu subuh – bahagian barat

Ini ada juga kaitan dengan sebelumni, sebab kalau waktu subuh, matahari mula terbit/nampak fajar di bahagian timur manakala bahagian barat masih gelap… sebenarnya nipun bukan tepat, sebab macam kat rumah akuler.. kat area timur tu bukit-bukau (banjaran titiwangsa), jadi sudah tentu kat area ni gelap waktu pagi dan kadang2 lebih gelap berbanding barat..  tapi yang paling penting ada kaitan dengan putaran bumi, bintang-bintang ni akan tenggelam di barat… so, lagi senang nak track bintang-bintang.

Sudut pemerhatian: 45 degree dari horizon

sebelum ni aku ada ceritergak:

https://azmirul.wordpress.com/2009/12/31/tips-guna-tripod-murah-utk-astronomy/

untuk tambahan, kalau object di tengah-tengah langit, penat skit nak adjust telescope dan nak tengokpun sakit kepala… tapi sebenarnya bergantung juga kepada viewing angle pada telescope… kalo guna refractor atau binocolur mungkin penat… tapi kalo ada 90 degree prism atau eyepiece arah atas senang skit nak tengok walaupun object berada di tengah langit…

2. Waktu pemerhatian

Hari cuti

Kalau untuk orang bekerja macam aku, rasa masa terbaik adalah hari cuti… heher… mula-mula beli telescope hari-hari gak tengok, tapi pikir-pikir balik buat apa nak rush, bintang-bintang tu ada ajer kat situ dari aku kecik sampai sekarang… tak dapat tengok harini, esok masih ada (kalo ader lagiler heher)

Waktu rehat/free

Yang ni  bergantung kepada orang… macam aku, untuk hari bekerja adalah masa lepas maghrib dan lepas awal isyak (8.30-10.00pm… kalo malam sangat nanti nak tido, besok keje…

Berdasarkan event

Ni kena selalu check event-event menarik dalam astronomi… selalunya sepanjang tahun, terdapat peristiwa astronomi yang boleh kita lihat seperti gerhana, planet, meteor, asteroid shower, comet, etc… semuanya ni selalunya berlaku dalam jangkamasa tertentu… so, yang ni boleh plan untuk buat cerapan… tapi kalo terlepas juga, ada kalanya ianya berulang semula pada waktu lain, esok masih ada… heher

Mengikut perancangan

yang ni paling bagus sebab kita ada perancangan dan masa pemerhatiann akan mengikut objektif. macam aku sebelum ni, satu sessi pemerhatian yg pendek, aku target tengok satu atau dua/tiga object ajer… macam messier object yang dalam list banyak lagi belum aku tengok.

tujerla stakat ni… lain2 tip, nantiler, esok masih ader… heher

Komen-komen»

1. Tee Jay - 15 April 2010

Salam bro… baru terjumpa blog ni semasa sedang mencari2 perkara berkaitan astro photography… brp kos minima utk membeli alatan utk tujuan melihat bintang2

azmirul - 18 April 2010

Kos minima… mungkin dlm RM700-RM1500, tapi subjektif tu.. soalan yg paling bagus berapa budget… dan utk tujuan apa? sebab dengan mata kasar pun sebenarnya sudah banyak boleh dipelajari… kalo nak murah beli binocular/teropong sebab good bino lagi baik dari telescope cap ayam, harga selalu ikut brand, jenis dan kegunaan, sama macam beli camera.. selain tu kena prepare budget utk accessories.. boleh refer post2 aku yg lepas utk guide jenis2 telescope utk beginner… antara website utk rujukan harga online (harga takder promotion mahal skit): http://www.stargazer.com.my/shop/

p/s: tapi kalo ader budget dlm RM2k, raser kira dah bleh dapat beginner telescope with good spec + accessories skit

2. wanda - 10 Oktober 2011

salam…
saya tgh buat project moonsighting, then trjmpa la ur blog nih…
kamu mmg bnyk post psal astronomy…
bleh saya tnya a few question about menda2 nih…?
so cmna nk contact…?
email or something…
terima kasih…😀

azmirul - 17 Oktober 2011

w’salam,
saya cuma seorang amatur..🙂
utk rujukan astronomi di malaysia, saya cadangkan tanya/follow di forum/facebook website astronomi yg establish seperti:
http://www.falak-online.net/portalfalak/
http://www.astromas.com/

tapi yg simple2 blehler tanya kat bah comment.. tupun tak jamin akan dapat dijawap… heher


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: