jump to navigation

Scale of Universe – amazing comparison! 24 Februari 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Link menarik.
add a comment

http://primaxstudio.com/stuff/scale_of_universe.swf

p/s:  selalu aku tengok orion nebula, bila compare balik dlm flash tu merangkumi satu kawasan yg cukup luas… menakjubkan kuasa tuhan

p/p/s: related post sebelum ni – https://azmirul.wordpress.com/2010/01/23/how-smallbig-we-are-in-the-universe/

Advertisements

Tips melihat bintang untuk amatur di Malaysia 23 Februari 2010

Posted by azmirul in Astronomy.
4 comments

Tip-tip di bawah adalah berdasarkan pendapat akuler sebagai seorang amatur… heher.. sudah tentu mungkin ada berbeza dengan orang lain atau maklumat yang terdapat dalam buku-buku astronomi… tapi, aku rasa masih boleh digunakan oleh kebanyakan orang:

1- Arah Pemerhatian

Waktu awal malam – start pemerhatian dari arah timur

pada pendapat aku, bahagian timur adalah spot terbaik untuk memulakan cerapan bintang terutama dalam waktu maghrib dan awal isyak… ini disebabkan matahari akan terbenam pada belah barat, bahagian timur selalunya akan menjadi lebih gelap berbanding di barat iaitu masih terdapat cahaya matahari yang kelihatan mengganggu pandangan. lagi satu, di malaysia… atau lebih tepat di bahagian barat seperti negeri selangor, bahagian timur adalah merupakan banjaran Titiwangsa yang selalunya tiada light pollution sebab kurang pembangunan sebab kawasan bukit-bukau.. tapi yela ni bergantung kpd tempatler…  macam mungkin berbeza kalo kat bahagian timur kat rumah anda adalah kawasan bandar… nasibler.. heher..  lagi satu earth rotation adalah lawan arah jam, barat ke timur… so, jika kita di kawasan kawatulistiwa, akan dapat diperhatikan buruj/constellation bintang terbit dari bahagian timur pada waktu maghrib dan bergerak hingga terbenam ke arah barat pada waktu pagi.. (macam matahari naik dan turun)… so, lagi senang kita track bintang-bintang tersebut…   (selanjutnya…)

Diari Astronomi 14 Feb 2010 a.m. (Saturn) 14 Februari 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
Tags: ,
add a comment

Gambaran planet Saturn dari program Stellarium:

– Constellation yg dilihat: Virgo
– Planet yg dilihat: Saturn

Dah lama tak tengok planet.. pagi tadi lepas subuh, dalam pukul 6.30 pagi – 7.00 pagi, aku berkesempatan tengok planet zuhal atau dalam english saturn yg menggunakan telescope dengan jelas kelihatan lingkaran ring di sekelilingnya… lepas ni nak cuba ambil gambar guna webcam… sebelum ni aku dah try ambil gambar planet Jupiter dan Mars tapi still tak dapat capture detail dia… over expose sebab terang sangat… mungkin kalau guna DSLR lagi senang sebab boleh adjust ISO/aperture/exposure time tapi tak ada masa nak try. tapi aku raser kalau capture gambar planet zuhal ni walaupun over expose tapi bentuk saturn ring tu boleh nampak lagi… so takler nampak satu bulatan terang ajer… aderler juga ciri-ciri planet… heher… selain tu, bulan terbesar dalam orbit saturn iaitu Titan dan bulan kedua terbesar iaitu Rhea juga jelas kelihatan… bulan-bulan lain tadi aku tak perasan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pemerhatian pagi tadi:

(selanjutnya…)