jump to navigation

Diari astronomi 10 Jan 2010 11 Januari 2010

Posted by azmirul in Astronomy, Diari.
trackback

Malam tadi sempat membuat cerapan depan rumah dalam pukul 10 – 11.30pm. Kat bawah ni gambar sketch cerapan malam tadi (ketetapan gambar tidak dijamin… harap maklum heher):

Ada empat constellation di bahagian timur yang aku focus tengok malam tadi iaitu:

  1. Canis Major (Sirius, Mirzam, Aludra, Adhara, Furud, etc..)
  2. Canis Minor (Procyon, Gomeisa)
  3. Gemini (Castor, Pollux, Mebsuta, Alhena, etc…)
  4. Orion (Betelgeuse, etc)

Ada bintang-bintang lain dalam list constellation kat atas, cuma dalam list mana aku sempat capture malam tadi info dia… aku rasa kalau nak study betul-betul, satu bintang ajer sudah ada macam-macam maklumat yang boleh dikaji… (sekarang, aku tengah biasakan dengan simbol-simbol bintang beta, tetha, delta, etc.. tapi buat masa ni pakai nama ajerla senang ingat haha)

Tujuan aku buat sketch kat atas sebab nak belajar nama-nama bintang sambil buat pemerhatian… lepas ni, aku rasa nak lagi focus buat proper observation log untuk rujukan aku… ada plan, objective dan result supaya sesi observation dibuat dengan lebih tersusun… kalau tidak main hentam keromo ajer, nak tengok apa… haha. macam aku kata sebelum ni, semua orang tengok langit dari kecil (benda yang sama ajer bertahun-tahun) tetapi kebanyakan terutamanya aku tak tahu apa yang kita tengok dan tidak faham ilmu disebaliknya… heher… kadang-kadang aku rasa “knowing without seeing” lagi penting daripada “seeing without knowing”.

Dalam pukul 11 lebih sempat jugak tengok planet merah marikh buat kali pertama guna telescope guna 25mm eyepiece (50x) dan 6mm eyepiece ( 208x).. aku try nak capture gambar marikh ni guna iphone yang aku letak belakang eyepiece tapi dapat capture bulatan terang ajer (ni sama kes macam gambar jupiter yg aku capture guna webcam, nampak bulatan terang ajer, over expose…. heher), nantiler kalau ada masa nak cuba proper sambungan guna DSLR untuk capture gambar planet. tapi aku dapat bayangkan satu masalah untuk track planet ni sebab bila dah zoom, planet ni akan bergerak keluar dalam telescope view dalam masa beberapa saat hingga beberapa minit bergantung kepada magnification. ni yang rasa macam nak beli motorized mount ajer… haha… tapi takper sekarang dah senang sikit sebab aku dah guna equatorial tripod, boleh guna slow motion control untuk track object.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: