jump to navigation

Tips guna tripod murah utk astronomy… 31 Disember 2009

Posted by azmirul in Astronomy, Astrophotography, Photography.
Tags:
trackback

Maklumat ni mungkin dah tak relevent sebab sekarang aku dah guna equatorial tripod.. tapi skill guna tripod murah kira value-added heher.. kat bawah ni aku sediakan tip2 utk guna tripod murah utk astronomy observation terutamanya tripod yg kurang stable dan takder slow motion control… maklumat ni mungkin tak tepat tapi percaya atau tidak, ia amat berguna (paling tidak utk akuler… heher):

1.  Keep tripod low – aku perasan tripod2 murah kalo tinggi dia tak stable, jadi kalo boleh kaki2 tripod ni bagi pendek supaya gravity tripod dan telescope dekat dgn bumi… kaki tripod murah ni selalu yg paling bawah skali tak setebal yg di atas.. so, kalo boleh jgn extend kaki yg paling bawah… extend yg kat atas sekali dan kalo boleh tak payah extend langsung.

2.  Keep center rod of tripod low – selalu tripod photography, tiang kat tengah2 tu kita boleh naikkan lagi supaya lagi tinggi dari tripod centre … yg ni aku cadangkan jangan naikkan centre rod ni sebab kalo kamera mungkin dia ringan,  tapi bila guna telescope jadi berat tak stable sebab tiang tengah tu selalu kurus ajer… ni macam orang kurus tinggiler mana stable… heher

3.  Best viewing angle is below 45 degree – disebabkan ikut tip no satu dan dua, position tripod jadi rendah, kita kena mendongak lagi tinggi utk tengok object lebih 45 degree kat langit… kalo tripod khas utk astronomy, selalu ada counter weight shaft utk balancekan semua equipment.. tripod2 murah ni mana ada benda tu… so, try budget observe masa object di langit tu dah rendah skit dgn horizon… kalo nak lebih 45 degree bolehgak sebenarnya.. tapi penat skitler sebab dahler tripod dah set rendah, lepas tu tak stable.. tapi kalo nakgak ikut tips #4.

4. Initially, position object above the centre of telescope’s field of view – ni berguna terutamanya ketika nak lock tripod dalam posisi lebih 45 degree.. disebabkan tripod ni takder counter weight, selalunya dia akan naik sedikit kat atas bila kita lock terutamanya yg tripod murah.. so bila kita lock object above telescope’s centre, nanti, kita boleh naikkan telescope vertically ke atas sedikit demi sedikit sampai object centre… process ni kalo dibuat dari bawah ke atas senang skit dari kalo kita move dari atas ke bawah sebab berat telescope ni cuba nak counter movement yg kita buat.

5. Calibrate properly telescope finder scope – yg ni kalo guna equatorial tripodpun kena buat tapi kalo guna tripod murah, ianya menjadi sangat sangat sangat wajib… kira rukunler.. heher.. sebab kalo guna equatorial tripod yg ader slow motion control, walaupun object tak centre, kita still bleh adjust guna slow motion control utk cari balik kedudukan object tu dan equatorial tripod bleh track ikut coordinate object.. lepas tu bleh alignkan balik finder scope… proses ni sukar dibuat guna tripod murah terutamanya yg takder slow motion control.. susah nak budget gerak kiri kanan atas bawah, selalu nak adjust skit ajer tapi teradjust sampai object hilang terus dari field of view… kesimpulannya kalo tripod takder slow motion, pastikan betulkan calibration tripod setepat yg boleh.

6. Reduce tripod/telescope shake – disebabkan tripod murah tak stable, janganler gegarkan dia, kurangkan sentuhan kat tripod dan telescope.. sebab bila tripod bergerak walaupun sedikit, object position boleh bergerak keluar dari telescope field of view terutamanya utk higher modification. kalo dalam photography kena ada steady hand… kalo guna tripod murah ni pun sama mesti ader steady hand.. tangan bila pegang focus kat telescope tu kena gentle skit… heher… lagi satu permukaan lantai tripod pun akan main peranan, lantai yg lembut terutamanya kalo dlm bangunan kadang2 bila orang berjalan pun boleh menggegarkan tripod.

ok tu ajer tips setakat ni, nanti aku tambah kalo ingat…



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: